Wednesday, April 1, 2009

Siapa Aku Yang Sebenarnya........



Nama Saya Amira Bt Razlan…
~kawan akan panggil mira, manakala adik2 akan panggil kakak~
Umur pulak baru 22 tahun 11 bulan….
~ Angka banyak tapi ati kena sentisa muda…~
Asal dari kelantan tapi duduk kat Cheras…
~ramai orang marah sebab aku selalu balik rumah…aku balik makan nasi jela…~
Amik Bac. Linguistik Melayu…
~tak sampai sebulan saya da nak abis…. Dulu rasa cam lama lagi tapi rupanya cepat jer masa berlau ….Sedih nak tinggalkan kawan2~
Saya merupakan anak sulung..
~tapi ramai kata aku anak bongsu..aku pun tak tahu kenapa….~
Harapan saya adalah semoga aku dapat mengharungi kehidupan sebenar yang bakal dihadapi dan bahagia bersama orang-orang yang disayangi…

Tiupan Api Semangat Dari Lidah Seorang Wanita.

Sesi temu bual yang berjalan hampir satu jam setengah telah memberi aku tentang satu pandangan baru terhadap tokoh yang aku pilih ini. Walaupun pernah menjalani kelasnya suatu waktu dahulu, namun kini baru ku tahu bahawa Dr Jama’yah adalah seorang yang sangat cintakan bangsanya.

Menurutnya dunia penerbitan perlu diselamatkan namun perlu mendapat gandingan kerjasama daripada semua pihak. Misalnya beliau telah menyelar sikap saling lewa sesetengah pihak yang menjalankan sesuatu kampen. Misalnya kampen membaca yang telah dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang menjalankan kampen secara tidak menyeluruh di seluruh Malaysia. Sesetengah tempat sahaja yang mendapat input yang hendak disampaikan. Tanpa pemantauan yang khusus ini telah menyebabkan Kampen Membaca sekali lagi menemui jalan buntu.

Seterusnya beliau memprotes sikap bangsa Melayu kini enggan keluar dari zon selesa yang telah dikecapi sekian lama. Misalnya kekayaan dan teknologi yang telah dikecapi telah mengaburi mata mereka sehingga membuatkan mereka lupa diri. Natijahnya masalah sosial yang semakin berlarutan. Sikap orang melayu yang enggan mengejar sesuatu ilmu membuatkan mereka terus hanyut dalam dunianya sendiri. Kini bahasa kita juga semakin tenggalam kerana terlalu menganggungkan bahasa asing.

Justeru itu, beliau menyeru agar bangsa melayu bangkit dari mimpi yang pangjang kerana bangsa melayu semakin jauh ketinggalan dari aspek pemikirannya. Seharusnya terdapat seseorang yang dihormati diangkat sebagai agen perubahan dalam kelompok masyarakat melayu. Agen ini perlulah berkorban jiwa dan raga supaya bangsa Melayu kembali bangkit sebagai bangsa yang disegani seperti suatu masa dahulu…….