Wednesday, April 1, 2009

Tiupan Api Semangat Dari Lidah Seorang Wanita.

Sesi temu bual yang berjalan hampir satu jam setengah telah memberi aku tentang satu pandangan baru terhadap tokoh yang aku pilih ini. Walaupun pernah menjalani kelasnya suatu waktu dahulu, namun kini baru ku tahu bahawa Dr Jama’yah adalah seorang yang sangat cintakan bangsanya.

Menurutnya dunia penerbitan perlu diselamatkan namun perlu mendapat gandingan kerjasama daripada semua pihak. Misalnya beliau telah menyelar sikap saling lewa sesetengah pihak yang menjalankan sesuatu kampen. Misalnya kampen membaca yang telah dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang menjalankan kampen secara tidak menyeluruh di seluruh Malaysia. Sesetengah tempat sahaja yang mendapat input yang hendak disampaikan. Tanpa pemantauan yang khusus ini telah menyebabkan Kampen Membaca sekali lagi menemui jalan buntu.

Seterusnya beliau memprotes sikap bangsa Melayu kini enggan keluar dari zon selesa yang telah dikecapi sekian lama. Misalnya kekayaan dan teknologi yang telah dikecapi telah mengaburi mata mereka sehingga membuatkan mereka lupa diri. Natijahnya masalah sosial yang semakin berlarutan. Sikap orang melayu yang enggan mengejar sesuatu ilmu membuatkan mereka terus hanyut dalam dunianya sendiri. Kini bahasa kita juga semakin tenggalam kerana terlalu menganggungkan bahasa asing.

Justeru itu, beliau menyeru agar bangsa melayu bangkit dari mimpi yang pangjang kerana bangsa melayu semakin jauh ketinggalan dari aspek pemikirannya. Seharusnya terdapat seseorang yang dihormati diangkat sebagai agen perubahan dalam kelompok masyarakat melayu. Agen ini perlulah berkorban jiwa dan raga supaya bangsa Melayu kembali bangkit sebagai bangsa yang disegani seperti suatu masa dahulu…….



No comments:

Post a Comment