Wednesday, April 1, 2009

Siapa Aku Yang Sebenarnya........



Nama Saya Amira Bt Razlan…
~kawan akan panggil mira, manakala adik2 akan panggil kakak~
Umur pulak baru 22 tahun 11 bulan….
~ Angka banyak tapi ati kena sentisa muda…~
Asal dari kelantan tapi duduk kat Cheras…
~ramai orang marah sebab aku selalu balik rumah…aku balik makan nasi jela…~
Amik Bac. Linguistik Melayu…
~tak sampai sebulan saya da nak abis…. Dulu rasa cam lama lagi tapi rupanya cepat jer masa berlau ….Sedih nak tinggalkan kawan2~
Saya merupakan anak sulung..
~tapi ramai kata aku anak bongsu..aku pun tak tahu kenapa….~
Harapan saya adalah semoga aku dapat mengharungi kehidupan sebenar yang bakal dihadapi dan bahagia bersama orang-orang yang disayangi…

Tiupan Api Semangat Dari Lidah Seorang Wanita.

Sesi temu bual yang berjalan hampir satu jam setengah telah memberi aku tentang satu pandangan baru terhadap tokoh yang aku pilih ini. Walaupun pernah menjalani kelasnya suatu waktu dahulu, namun kini baru ku tahu bahawa Dr Jama’yah adalah seorang yang sangat cintakan bangsanya.

Menurutnya dunia penerbitan perlu diselamatkan namun perlu mendapat gandingan kerjasama daripada semua pihak. Misalnya beliau telah menyelar sikap saling lewa sesetengah pihak yang menjalankan sesuatu kampen. Misalnya kampen membaca yang telah dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang menjalankan kampen secara tidak menyeluruh di seluruh Malaysia. Sesetengah tempat sahaja yang mendapat input yang hendak disampaikan. Tanpa pemantauan yang khusus ini telah menyebabkan Kampen Membaca sekali lagi menemui jalan buntu.

Seterusnya beliau memprotes sikap bangsa Melayu kini enggan keluar dari zon selesa yang telah dikecapi sekian lama. Misalnya kekayaan dan teknologi yang telah dikecapi telah mengaburi mata mereka sehingga membuatkan mereka lupa diri. Natijahnya masalah sosial yang semakin berlarutan. Sikap orang melayu yang enggan mengejar sesuatu ilmu membuatkan mereka terus hanyut dalam dunianya sendiri. Kini bahasa kita juga semakin tenggalam kerana terlalu menganggungkan bahasa asing.

Justeru itu, beliau menyeru agar bangsa melayu bangkit dari mimpi yang pangjang kerana bangsa melayu semakin jauh ketinggalan dari aspek pemikirannya. Seharusnya terdapat seseorang yang dihormati diangkat sebagai agen perubahan dalam kelompok masyarakat melayu. Agen ini perlulah berkorban jiwa dan raga supaya bangsa Melayu kembali bangkit sebagai bangsa yang disegani seperti suatu masa dahulu…….



Tuesday, March 31, 2009

Ruang Waktu Bersamanya.


Dr Jama'yah merupakan seorang pensyarah di Jabatan bahasa dan Komunikasi.Pengkhususnya adalah dalam bidang penerbitan.Beliau telah mengambil ijazah di Universiti Malajah dan seterusnya menyambung pelajaran diperingkat Master dan Doktor Falsafah di United Kingdom dalam bidang penerbitanuku dan jurnal.

Berpengalaman bekerja selama 10 tahun sebagai penyuntung. Jelasnya kerja ini memberikepuasan kepada dirinya.Pada tahun 1982 beliau bekerja sebagai editor di Penerbit Universiti Putra Malaysia.Seterusnya beliau berpindah ke Jabatan Pusat Pendidikan Pelajar Lanjutan dalambidang yang sama iaitu editor.

Kini beliau menabur bakti sebagai pensyarah di FBMK. Kursua yang dijar ialah Seni Penulisan dan Perekaan dan Penerbitan.

Hari-hari Yang Berlalu

5 Perkara yang paling aku suka buat masa berada di Upm:

1) makan
2) baca novel pastu nangis...cara luahan hati.
3) G foodcourt dengan Ecah...ada sebabnya...
4) suka tengok gelagat orang kat UPM nie...macam2 kerenahnya.
5) kumpul ramai2 pastu tengok cita seram.

5 Perkara yang tak suka semasa berada di UPM

1) jatuh masa jalan kat DKAP..
2) nak daftar kursus..terutamata bila ada clash ngan clas dah penuh.
3) finishing school
4)selalu jalan kaki nak pergi fakulti terutama bila kelas malam.
5) Folder assigment hilang masa dah nak submit assigment...merana tol...

5 Perkara yang teringin aku nak buat sebelum habis belajar kat UPM nie.

1) pergi fakulti Perubatan.
2) amik buah durian kat ladang...( bukan mencuri yek)
3) aku teringin nak masuk kat dalam bilik kolej 13 sebab lain sangat dari kolej yang lain.
4) aku nak tengok pe yang ada kat atas bukit sebelah Dewan Zaaba..
5) yang akhir ni bagi aku fikir betul-betul dulu....

Kemunduran Pemikiran Dalam Kemajuan Teknologi.


Sebagai seorang yang pakar dalam penerbitan, Dr Jamayah memandang senario penjualan buku ilmiah di negara kita sebagai sangat perlahan. Beliau telah memberikan beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya kelembapan dalam penjualan buku ilmiah di Malaysia berbanding dengan buku hiburan.

Menurutnya sikap penduduk Malaysia sendiri yang lebih menyukai bahan yang ringan kerana tidak memerlukan mereka berfikir. Bahan seperti gosip lebih lebih diutamakan berbanding dengan bahan yang berbentuk intelektual. Hal ini menjelaskan pemikiran rakyat Malaysia adalah suatu pemikiran yang kolot atau masih dijajah. Mereka tidak mencuba untuk membuka ikatan yang telah menyempitkan ruang pemikiran. Kesannya negara kita masih kaya dengan orang yang berfikiran sempit walaupun hidup dalam negara yang serba maju ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa tidak semua orang mampu menulis bulu ilmiah kerana memerlukan kemahiran yang tinggi. Kebanyakkan ilmuan di negara kita ni mendapat pendidikan dalam bahasa Inggeris. Maka nak untuk menulis buku dalam versi bahasa Melayu memang agak sulit. Maka kebergantungan buku dari luar misanya dari barat adalah tinggi. Jika dilihat pada masa kini, industri pendidikan negara mengalami dilema keran tidak menyediakan bahan ilmiah yang mencukupi.

Selain itu sikap penerbit yang lebih mementingkan keuntungan juga turut menyumbang kepada masalah ini. Mereka lebih cenderung menerbitkan buku dengan memenuhi permitaan rakyat Malaysia. Misalnya jika minat pembaca lebih kepada hiburan maka mereka akan menerbitkan bahan tersebut. Hal ini terjadi kerana mereka tidak mahu menanggung risiko lambakan buku ilmiah yang tidak dapat dijual. Sudah pastilah risiko kerugian ini akan ditanggung oleh pihak penerbit.

Seterusnya kegiatan yang sering terjadi yang telah menjatuhkan penerbitkan buku ilmiah ialah kegiatan membuat fotokopi buku. keadaan ini sering berlaku di kalangan pelajar terutamanya di Institut Pengajian Tinggi. Alasannya adalah kos membuat salinan lebih murah jika dibandingkan dengan membeli buku yang original. Natijahnya penulis serta penerbit tidak mendapat pulangan dan serik untuk menulis lagi.

Jika diteliti faktor-faktor di atas, siapakah yang harus dipersalahkan. Mereka akan sentiasa menunding jari antara satu pihak kepada pihak yang lain. Jika hal ini berlarutan dan tidak berkesudahan, Dr Jama'yah menjelaskan tidak mustahil suatu hari nanti kita akan kehilangan dunia penerbitan buku ilmiah. Maka kebergantungan buku dari negara barat akan terus meningkat. Maka kemodenan dan kemajuan disekeliling bagai tiada membawa erti kerana penjajahan pemikiranakan terus berlangung.

Di Dera........

Pantang aku balik...kena sorong dier bersama dengan kereta mininya pusiang satu taman...da jadi cam mak orang plak....jatuh saham aku!!


Selalu ajak aku menari sampai semput dibuatnya.....SAYANG...u can dance...1,2,3.....

Jom Dengar Lagu yang Aku Suka.......