Sebagai seorang yang pakar dalam penerbitan, Dr Jamayah memandang senario penjualan buku ilmiah di negara kita sebagai sangat perlahan. Beliau telah memberikan beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya kelembapan dalam penjualan buku ilmiah di Malaysia berbanding dengan buku hiburan.
Menurutnya sikap penduduk Malaysia sendiri yang lebih menyukai bahan yang ringan kerana tidak memerlukan mereka berfikir. Bahan seperti gosip lebih lebih diutamakan berbanding dengan bahan yang berbentuk intelektual. Hal ini menjelaskan pemikiran rakyat Malaysia adalah suatu pemikiran yang kolot atau masih dijajah. Mereka tidak mencuba untuk membuka ikatan yang telah menyempitkan ruang pemikiran. Kesannya negara kita masih kaya dengan orang yang berfikiran sempit walaupun hidup dalam negara yang serba maju ini.
Beliau juga menjelaskan bahawa tidak semua orang mampu menulis bulu ilmiah kerana memerlukan kemahiran yang tinggi. Kebanyakkan ilmuan di negara kita ni mendapat pendidikan dalam bahasa Inggeris. Maka nak untuk menulis buku dalam versi bahasa Melayu memang agak sulit. Maka kebergantungan buku dari luar misanya dari barat adalah tinggi. Jika dilihat pada masa kini, industri pendidikan negara mengalami dilema keran tidak menyediakan bahan ilmiah yang mencukupi.
Selain itu sikap penerbit yang lebih mementingkan keuntungan juga turut menyumbang kepada masalah ini. Mereka lebih cenderung menerbitkan buku dengan memenuhi permitaan rakyat Malaysia. Misalnya jika minat pembaca lebih kepada hiburan maka mereka akan menerbitkan bahan tersebut. Hal ini terjadi kerana mereka tidak mahu menanggung risiko lambakan buku ilmiah yang tidak dapat dijual. Sudah pastilah risiko kerugian ini akan ditanggung oleh pihak penerbit.
Seterusnya kegiatan yang sering terjadi yang telah menjatuhkan penerbitkan buku ilmiah ialah kegiatan membuat fotokopi buku. keadaan ini sering berlaku di kalangan pelajar terutamanya di Institut Pengajian Tinggi. Alasannya adalah kos membuat salinan lebih murah jika dibandingkan dengan membeli buku yang original. Natijahnya penulis serta penerbit tidak mendapat pulangan dan serik untuk menulis lagi.
Jika diteliti faktor-faktor di atas, siapakah yang harus dipersalahkan. Mereka akan sentiasa menunding jari antara satu pihak kepada pihak yang lain. Jika hal ini berlarutan dan tidak berkesudahan, Dr Jama'yah menjelaskan tidak mustahil suatu hari nanti kita akan kehilangan dunia penerbitan buku ilmiah. Maka kebergantungan buku dari negara barat akan terus meningkat. Maka kemodenan dan kemajuan disekeliling bagai tiada membawa erti kerana penjajahan pemikiranakan terus berlangung.

No comments:
Post a Comment