satu perjuangan, satu kesedaran dan satu pembaharuan
Monday, March 30, 2009
Sastera Bina Manusia.
Pada hari ini kalau kita dengar lirik lagu, dah terlalu banyak yang menggunakan bahasa rojak yang kadang-kadang maknanya sendiri tidak difahami. Hal ini jelas dalam genre-genre muzik baru seperti indie. Maka tidak hairan lah ramai remaja sekarang menuturkan bahasa-bahasa yang pelik dan begitu asing sekali dengan telinga orang melayu. Lirik lagu juga merupakan hasil seni yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. Terdapat sesetengahnya juga melambangkan bahasa dan budaya sesuatu bangsa. Teman nak ambil satu contoh lagu. Lagunya agak menyentuh perasaan dan dengan lain kata dalam bahasa rojaknya 'jiwang'. Tetapi kalau diteliti liriknya jelas menggunakan bahasa yang indah dan beradap. Misalnya perempuan telah digantikan bunga dan lelaki juga telah digantikkan dengan kumbang.
Bila Bunga di Petik Orang
Sunyi di hati ku Bila bunga di petik orang di taman Walaupun ku jaga dan ku siram Ku jaga kembangnya
Sang kumbang merana Tiada bunga Bungaya tiada dua Moga ia kembali ke asalnya Yang masih menanti
Tiada ku lupa kemesraan, kejujuran itu Tapi mengapakah kau berubah Tak seperti dulu Aku tersiksa diri merana Kerana dikau wahai bungaku Lupakan dia kekasih baru Yang kau tak kenal isi hatinya Aku mengharapkan kembalilah Wahai kau bunga jangan pergi
Ku tetap menunggu merinduimu Walaupun di balik awan Jangan rosakkan hati ini Yang suci abadi
Lagu ini menggambarkan mereka yang baru sahaja kehilangan kekasih dan bait-bait liriknya dibina dengan begitu jelas serta mudah difahami. Yang paling penting bahasa yang digunakan juga halus.
kadang2 sedih dengar lagu macam ni.... tapi bak kata orang kehidupan mesti diteruskan....
ReplyDelete