Teman ni suka sangat baca novel yang berbentuk seram atau misteri. Sebab tu lah filem seram kat Malaysia macam Jangan Pandang Balakang dan Congkak mesti teman tengok. Rasa macam satu kepuasan pulak bila t dah tengok. Tapi tak dinafikan bila nak tidur malam tu perasaan gundah gulana tu tiba-tiba jer hadir. Mula lah mata melilau kat atas almari, kat hujung katil...hehe..
Sesiapa yang mempunyai minat yang sama, teman nak kongsikan tentang beberapa buah novel-novel yang berbentuk seram keluaran Penerbitan Prima. Kebanyakkan penulis adalah penulis baru maka bentuknya sudah semestinya ringan dan mudah difahami. Rasanya semua lapisan umur pun dapat membacanya. Jadi bukan alasan lagi untuk kita mengelak dari membaca kerana di pasaran sendiri sudah terdapat bahan bacaan yang benbenruk ringan. Tingkatkanlah peratusan membaca penduduk Malaysia yang boleh dikatakan dalam tahap yang menyedihkan. huhu... Selain tu pada yang sama boleh lah kita menyokong penulis tempatan gak....

Tajuk buku ni Teratak Kenari karya Zaifuzaman Ahmad. Berharga RM 16.90. cerita ni mengisahkan tentang sebuah rumah banglo yang dibeli sebagai hadiah pemberian untuk perkahwinan anaknya iaitu Zakuan dan Noridah. namun, rumah ni menghilangkan kemanisan bulan madu pasangan tersebut. Gangguan seperti bunyi suara orang bertengkar dan kemunculan gadis berlubang di dahi juga telah banyak menganggu emosi penghuni rumah tersebut...malah sikap Noridah semakin berubah dan telah mengjadi orang lain. Maka hal ini telah memaksa Zakuan menyiasat hal sebenar yang telah berlaku di dalam rumah tersebut suatu ketika dulu.
jom g tengok Jangan Tegur ramai-ramai.
ReplyDelete