Tuesday, March 31, 2009

Ketika & Kalimat

Nama aku Amira Bt Razlan. Biasa orang panggil mira jer….aku nia dah di semester 6. Kiranya dah tahun akhir…lagi beberapa hari jer lagi aku akan menamatkan program ijazah aku…InsyaAllah..aminnnn..

Semester ni aku kena ambil satu kursus yang wajib iaitu Bahasa Dalam Multimedia (BBM 3410). Aduhhh…aku tak suka multimedia…. Dan selalu bagi pandangan serong kat multimedia…aku pun tak tahu kenapa…jadi mestilah aku anggap kursus ni satu benda yang susah.

Dapat pulak pensyarah yang jadi penyelia aku iaitu Dr. Normaliza dan di bantu oleh Dr. Arbae’i Sujud, Cik Alia dan Cik Nurul.Orangnya macam garang tapi …..mana leh gtaw sebab doktor kata jangan ngata dia….hehehhe… doktor selalu kata kat kami iaitu kerja mesti kena buat.. itu yang paling penting sekali…

Masa bagi penerangan awal-awal tu pun aku dah pening sebab banyak sangat kerja dan semestinya kerja tu yang aku tak pernah buat sebelum ni bam kena buat blog, calendar, laman web…da tu de kelas tutorial 2 jam plak…. Dalam kelas, doktor tak dibenarkan kami datang lewat, duduk kat belakang, dan main tekan-tekan pen. Kalau ada siapa-siapa yang datang jawabla kena denda la. Lagi satu cara nak amik nota pun lain…kena guna kamera digital untuk tangkap gambar slide. Setiap kali selepas dr mengajar, dr akan menyoal semula tentang apa yang dah diajarkan megikut kumpulan. Mana-mana kumpulan yang lambat dikira gagal menjawab…jadi kena berdiri cepat, tak boleh sengih dan pantas menjawab…..

Tugasan berkumpulan pertama yang kena buat ialah kena pilih Kena pilih gambar yang bersesuaian dengan dari majalah dan tampal dari kertas lukisan dan cantumkan perkataan mengikut cirri-ciri yang telah ditetapkan. Satu perkajaan yang rumit tetapi sangat seronak. Bagi aku bila ada pratikal cam ni, baru mudah sikit nak paham isi pengajaraanya. Alhamdulillah hasil kerja dapat pujian..hehehe..

Selain itu, kami juga kena buat cerita tentang permainan kreatif kanak-kanak dirumah. Masa tu puas la mengingat permainan yang pernah aku main masa kecil dulu. Kalau duduk kat kampong lagi survival permainannya. Tapi kalau kat bandar pulak mesti de kaitannya dengan kecanggihan teknologi. Akhirnya kami dapat juga membina cerita itu dengan gabungan permainan daripada ahli kumpulan yang lain. Tapi yang menjadi masalahnya kami kena hantar ke e-mail doktor. Masa tu plak internet memang tengah perlahan. Memang terkejar-kejar jugaklah sebab doktor da tetapkan masa. Bahan yang kami karang pula tak boleh diambil dari internet…tapi akhirnya kami berjaya siapkan… cayouk2……


Selain tu, aku juga tak boleh nak lupa tentang tugasan membuat iklan untuk sesuatu produk. Berapa kali iklan kami kena tolak sebab tak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Yang paling kelakar kitaorang lukis peti ais tapi doctor cakap gambar almari….terpaksa la tukar produk lain lagi…huhuhu..susah juga yek nak buat iklan sebab kena betul-betul dari perhatian orang…akhirnya kami pilih sabun mandian untuk orang yang bermain sukan. Nasib baik yang ni tak kena tolak.
Memori Membuat Kalendar
Dalam kelas tutorial juga banyak menyimpan kenangan buat aku. Misalnya membuat calendar. Pertama kali aku dapat tugas ni aku tak tahu nak buat apa sebenarnya…macam biasa aku akan menjadi blur2 sebab blur memang trade-mark aku. Hehehe….mula-mula kelas tutorial aku diajar cara macam mane nak bukak adobe photoshop… mungkin satu benda baru bagi aku sebab aku memang tak pernah buka benda ni. Dalam computer pun tak ada perisian ni…. Mula-mula tutor aku cik azimah tunjuk cara macam mane nak buka layer pastu nak letak gambar kat layer plak…aduhhh peningnya aku waktu tu…. Maklumlah aku memang tak pernah buat bende ni…Dalam proses nak buat calendar ni aku ada beberapa peristiwa yang berlaku yang masih segar lagi dalam ingatan aku. Yang pertama aku masuk lewat kelas tutorial. Masa tu kelas tuto diganti pula cik Alia. Masuk-masuk kelas aku tengok berderet kawann yang satu bas duduk tepi pintu. Tengok-tengok Cik Alia ada kat depan tu. Mahu gugur jantung aku. Sudah lah dengan kekurangan oksigen masa tu aku disebabkan aku dan kawan-kawan bertukar menjadi Watson Nyambek. Aku rasa masa turun dari bas kami sudah mula melakukan marathon mini dari perhentian bas ke makmal Cyber. Tapi takdir telah menentukan segalanyanya. Kami lewat juga selama 10 minit. Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa kami datang lewat.

Sebab yang pertama adalah pemandu bas yang aku rasakan masih muda tu kata belum masa lagi untuk bas berlepas sedangkan waktu tu aku tengok jam tunjuk pukul 7.50 malam. Biasanya pak cik yang selalu bawa bas fakulti bahasa akan berlepas dalam pukul 7.45 malam. Hal ni lah yang buat aku heran sesangat.Rasanya puas dah kami cakap suruh jalan tapi dier buat tak tahu jer. Lepas tu dengan slumbernya pemandu yang aku rasa muda lagi
turun bas untuk hisap rokok dan bergayut telefon.Tersengih-sengih sambil bercakap. Aku tahu mesti dia bercakap dengan awek. Yang kita ni dah macam cacing kepanasan dalam bas boleh dia buat tak nampak jer…aku rasa macam nak baling je dengan selipar. Biar melayang depan dia. Mungkin ni yang boleh buat dia sedar yang kami tengah marah. Namun masa tu kesabaran masih lagi dalam diri. Sesunguhnya baru aku mengerti cara orang muda dengan cara orang tua berkerja sememangnya lain. Anak muda kebanyakkannya masih lagi tak serius dalam berkerja. Rasa tanggungjawab mereka langsung tak ada. Mungkin kerana mereka tak mempunyai zuriat lagi. Jadi perasaan tu tak kuat dalam diri… jadi sikap pemandu bas yang satu ni la menjadi salah satu punca kami datang lewat.
Oleh kerana kelewatan ni, kami disuruh memberi 15 sebab seorang kenapa kami lewat. Tapi aku rasakan jawapan yang sama akan keluar…kadang2 alasan yang bukan-bukan membuatkan aku nak ketawa. Air tak ada la…dan bermacam-macam lagi. Selepas beberapa minit, kami dibenarkan duduk. Lega juga masa tu walaupun kena cuci. Dalam kelas ni la aku blaja cara macam mana nak padam gambar. Itu pun selepas cik Alia ajar. Rupanya tepi gambar yang kita crop tu boleh dipadam..hehehe…jahil juga aku… tapi aku dah belajar benda baru untuk hari itu walaupun terlambat sikit.
Ada lagi satu kejadian yang aku tak boleh lupa masa nak buat kalendar ni. Setelah lama aku bersengkang mata untuk siapkan tiba-tiba perkara yang tak aku duga berlaku. Pada hari yang aku kena tunjuk hasil kalendar ni, aku boleh terdelete folder calendar aku. Masa tu aku hanya save di pendrive jer….aku pun tak tahu kenapa la tangan aku masa tu laju jer tekan bukan delete. Bila aku sedar, semua tu dah terlambat. Hilang semuanya. Reaksi aku yang pertama ialah mengucap pastu aku boleh la lompat2 dalam bilik. Nasib baik rumet aku pergi mandi. Kalau tak mesti malu. Sebenarnya masa tu aku terkejut sangat. Yela sapa yang nak hasil keje yang berminggu2 tu kena buat balik. Susah tu walaupun tak la cantik sangat aku buat. Hehe.. setelah dicari-cari balik folder mana yang aku boleh gantikkan akhirnya selesai la jugak masalah tu. Tapi ada satu rahsia yang aku simpan masa nak g jumpa cik Nurul. Biarlah rahsia tu Ain dengan Ecah jer yang tahu.. kiranya dalam sejarah juga la aku buat perkara macam tu.
Sebenarnya dugaan nak menghasilkan kalendar ni belum tamat lagi. Tak adventure la klu tibe2 abes yek…. Cabaran diteruskan pula dengan kehangatan kami mengelilingi Sri Serdang besar dan kecil dengan berjalan kaki.. Hal ni terjadi sebab kami nak print calendar pada hari Ahad. Sebenarnya perasaan was-was tu memang ada sebab biasanya kedai tutup aria had. Oleh kerana keazaman yang mengunung untuk print masa tu sebab dah terseksa tengok calendar yang entah berapa kali diedit. Setiap kali tengok mesti ada yang tak sempurna. Jadi aku pun dengan bersemangatnya berjalan kaki pergi ke Perniagaan Sri Serdang yang aku rasa tak de la jauh sangat. (mungkin da terlalu biasa berjalan kaki dari kolej ke fakulti bahasa jadi jarak bukan penghalang..hehehe). Sampai dipintu kedai maka terbuktilah yang kedai tu tutup ari Ahad. Terseksanya jiwa aku masa tu. Tapi benda da berlaku. Orang kata jangan menyesal tapi kena amik jadi pengajaran.
Dengan hampa sekali, aku pun berjalan la dalam panas terik untuk balik ke kolej. Kawan baik aku pulak bagi harapan yang pintu sri serdang kecil ari nie buka. Lega juga dengar masa tu sebab aku tak yah nak jalan jauh-jauh. Tapi lain yang aku harapkan lain pula yang jadi. Pintu ijau yang da berkarat-karat tu melekat je kat tembok besar menandakan pintu tu tak buka. Aku punya la bersemangar jalan kaki masa tu dari S.S Besar. Tapi … waaa….rupa-rupanya kawan aku da tersalah tengok..Dengan panas bercampur dahaga waktu tu membuatkan otak masing-masing mengalami kesesakan aliran darah. Kiranye blurr la sekejap. Tapi kawan aku bagi lagi harapan yang ada satu lagi jalan nak masuk UPM. Aku cuba Tanya banyak kali sebab nak yakinkan diri. Dia kata dia pernah lalu jalan tu masa tahun pertama dlu. Musykil juga aku tapi lebih baik mencuba dari tak membuca. Puas juga kami mencari jalan yang dimaksudkan kawan aku ni sebab dia pun ingat-ingat lupa. Tapi akhirnya ada juga rezeki kami nak masuk kawasan UPM. Walaupun dengan cara yang tak betul tapi yang penting kami nak balik kolej. Jalan yang dimaksudkan tu sebenarnya lorong kecil dan longkang yang besar yang memerlukan kami melakukan aksi lompatan. Hehehe….
Aku ingat dugaan perjalanan akan habis sampai di situ je tapi rupanya tidak. Temapt kejadian yang seterusnya ialah DKAP. Mase 2 aku terlau asyik memandang dak2 n mencari2 dak Upsi yang buat seminar kat situ. Kat tepi jalan aku tengok bas je ade. 2 yang aku tak puasa ati…nak gak tgk dak2 nye…. Kegatalan terserlah la plak mse tue… tapi bab kata member itu kan sifat azali seorang manusia. Tanpa aku tak aku sedar rupa-rupanya aku tergelincir depan Dewan B. Macam nangka busuk aku jatuh. Nangka pun tak cam 2. Tapi keayuan masih terserlah sebab aku jatuh bersimpuh..hehehe. Masa tu aku hanya fikir malunya kalau ada orang ada dalam dewan. Kesan aku terjatuh tu lutut aku lebam dan 2minggu aku sakit pinggang sampai kena berurut…. Aku rasa itulah dugaan dan pengalaman yang aku tak boleh lupa. Walaupun pahit tetap ada manisnya juga.

Memori ke Rumah Anak-anak Yatim Sekendi, Sabak Bernam Selangor.

Pertama kali Dr.Normaliza memberi tugasan ni, aku rasa macam berat juga nak dilaksanakan. Walaupun berkumpulan tetapi perangcangan mestilah dibuat teliti. Dalam melaksanakannya aku rasa macam-macam perasaan. Gembira, sakit hati, takut, geram, sedih, letih dan satu perasaan yang tak dapat diungkapkan kerana aku sendiri pun tak tahu macam mana nak mengunggapkannya. Walaupun bermacam-macam dugaan tapi yang penting kami dapat jayakannya jugak.

~ Semasa di Upm~

Kumpulan:

*Kumpulan Empat. ( 6 orang anak dara yang manis2…fewitttt….)

*Kumpulan Single Is Better..( Single ke????kihkihkih Was2 aku..tp aku rasa cam de maksud terpendam jer…)

Tempat: Rumah Anak-anak Yatim Kampong Sekendi, Sabak Bernam, Selangor.

aku tak pernah ag g Sabak Bernam. Jauh ker.,…tapi dalam Selangor ag… yang aku tau tempat 2 orang buat kerepek cz masa kat umah dlu slalu mak cik2 jual kerepek cakap diorang dari Sabak Bernam. Sedapnye kerepek pisang yang pedas tue…Yummmmyyyy…lapo la plak…

Tarikh: 7 Mac 2009

~ tarikh tu ialah tarikh kitorang nak wat aktiviti kat rumah anak yatim. Tarikh nie bukan senang nak dapat kerana setiap minggu rumak ni ada aktivitinya. Jadi kena la pilih mengikut kelapangan diaorang.Manakala tarikh bertolak ke Sabak Bernam ialah pada 6 mac 2009. Kami bertolak awal atas beberapa sebab:

1) Sabak Bernam tu jauh walaupun dalam Selangor. Paling jauh pun aku pernah g dalam negeri Selangor nie kat pelabuhan Klang. Yang tu pun aku da rasa jauh sangat.

2) Pagi2 sok kami dah kena masak untuk 70 orang taw….jadi kena la buat persiapan malam kejadian.

~ Semasa Perjalanan~

Masa tu krang konvoi tiga buah kereta. Satu kereta yang disewa, satu kereta ijam n satu lagi kete abang aku yang aku pinjam sekali dengan pemandunya iaitu abang aku. Pemandu tiga buah kereta tu semuanya lelaki. Almaklumlah gadis2 sunti sorang pun xde lesen ag...bagi aku bukan senang nak amik lesen sebab aku nie jenis darah gemuruh tapi aku tahu suatu hari nanti aku kena amik gak….huhuhu….

Aku rasa sepanjang perjalanan ada pelbagai peristiwa kelakar dan yang menyeksa ati dan fizikal aku. Ni lah kronologi peristiwanya:

Yang pertamanya awal-awal lagi abang aku dah buat malu depan awek2 kat dalamkereta nie. Ada ker dier boleh termati enjin masa nak keluar pintu UPM. Dier kat kat aku selama ni kalau dia tak bawak awek tak de la plak kantoi cam tu…Malu giler dier. Cam tu lah nasib kalau control sangat machonya… kahkahkah...

Peristiwa yang kedua memang aku wat aku panas hati la jugak sebab terpaksa tunggu sebuah lagi kereta. Lama la juga menunggunya…Tak tahu la mana diorang nie pegi…. Ahli kumpulan yang lain pun gelisah cam aku gak…

Peristiwa yang ketiga aku jadi pembantu pemandu..cam co-pilot la kononnya…barulah aku rasa cam ne seksanya nak jadi petunjuk ikut arah kereta depan. Selama ni kalau aku buat konvoi pun, aku tido jerk kat belakang. Sakit kepala aku pusing sana, pusing sini nak tengok kereta depan....salah tengok, salah masuk, maka kami pun akan sesat sendiri2….ntah mana la nanti kami akan pegi. Oleh itu abang aku berpesan supaya tengok betul2..hancur luluh angan2 aku nak tidur…

Peristiwa yang keempat ialah jalan jammm…huhuhuhu…tu yang paling aku tak tahan sekali…dalam masa 5minit berapa kerat je kereta tu dapat jalan…tapi memang salah kami pun sebab pilih waktu puncak n jalan yang merentasi bandar2…jd nak tak nak kne tahan jela…

Seterusnya kawan-kawan yang satu kereta dengan aku mengalami penderaan mental, jiwa dan fizikal…mana tak nye kena tahan lapar ngan nak kencing. Satu tempat pun diaorang tak nak berenti…jadi kami pun terpaksalah ikut jugak..pundi kencing aku punyalah melompat2...tapi hajat tu tak kesampaian…perut kami pun cam tak memahami jer…asyik bunyi jer…. Tapi akhirnya benti la jugak kat masjid… semua berlari g tandas….rupanye smua cam aku…hehehehe…

Peristiwa yang lain aku tak leh lupa masa Madi tersangkut kat tengah antara kerusi kat depan tu…cam comey jer…dah la kecik… cam anak patung tersepit…benda ni jadi sebab abang aku brek tibe2…traffic light bertukat menjadi merah….itulah kawan-kawan…laen kali pakai tali pinggang kat belakang tu.

Selepas tu pula jalan nak masuk ke rumah salah seorang kumpulan kitaorang nie jauh …kena masuk bebrapa lorang. Dan memang aku terhafal la kami lorong-lorong tu ….Kalau aku datang sorang2 memanglah akan sesat….. tapi aku tengok banyak sangat pokok kelapa kat sana.

Tepat pukul 10.30 kami pun sampai… pertama kali aku tengok rumah kawan aku ni cantik sangat…memang rumah asli melayu…bukan senang nak tengok cam tu sekarang…tingkap rumah dier benar-benar buat aku terpegun…siap ada ukiran lagi..dengan suasana kampungnya…ada pokok kelapa… seronoknya aku….ada tempayan n ada telaga…da lama aku tak tengok semua ni…rasa nak jer buat balik rumah dier…hehehehe…

Yang paling best mak Ijam masak makan malam tok kitaorang. Memang terharu sangat…da la macam2..tomyam..ayam goring…ulam2…memang sedapalah…oleh kerana malu memang kami letak belakang…siap tambah lagi… terima kasih sangat mak cik………

~ Aktiviti Rewang~

Aktiviti gotong royong dalam masak-masak ni kitaorang panggil rewang. Malam sebelum kejadian tu kami hanya menyediakan bahan-bahan untuk memasak macam potong bawang, cili dan sayur2…. De gak yang nangis2 potong bawang…huhuhu… group laki plak kena basuh ayam… teringat aku satu peristiwa…salah seorang ahli kumpulan lelaki patahkan tangga rumah orang…aku pun tak tahu cam ne boleh patah sebab selama ni kitaorang naek tangga tu okay jer… mungkin masa tu dia tengok syok sangat kot tangkap gambar dengan aksi jurugambar professionalnye… cam-cam sudut dia ambik..sekali prapppp…..patah sudah….huhuhu….dalam pukul 12 tu kami ambil keputusan untuk tidur kat rumah makcik Lela…rumahnya tak la jauh sangat sebab dalam satu kampung. Aktiviti rewang diganti ke pagi esok sebabnya semuanya da penat sangat….

Pagi-pagi sok selepas menunaikan solat subuh kami bergotong royong membuat sandwich sardin….selepas itu kami kena plak memasak ayam dan sayur2…. Tapi yang klakarnye kawan-kawan aku ni sibuklah berposing tepi dapur… pantang pegang senduk…mesti kena tangkap gambar…risau jugak takut masuk dalam kawah yang penuh dengan minyak panas tu…jatuh la saham korang nanti…hehehehe…

~Di Rumah Anak-anak Yatim Sekendi~

Masa aku sampai kat rumah ni terkejut gak sebab kat depan rumah tu ada kandang kambing yang boleh aku katakan agak besar gak… kami ditemukan dengan pengetua rumah tersebut…rupanya beliau merupakan seorang yang lumpuh dan hanya berkerusi roda..terpalit juga rasa bangga kerana orang sepertinya sanggup berjuang dan berkorban untuk kehidupan anak yatim walaupun kurang upaya..sedangkan ramai orang kaya di Malaysia yang sempurna dan senang tidak berbuat demikian. Yang paling aku sedihkan orang melayu sendiri cam tak hiraukan bangsa sendiri..Bagi mereka bantuan akan disalurkan jika boleh memberi keuntungan atau nama kepada mereka..cth yang aku boleh ambil ialah tabung Palestin. Ramai yang berebut-rebut nak beri bantuan. Tapi dalam negara sendiri rakyatnya menderita….Maksud aku boleh nak membantu tapi bantulah bangsa sendiri dahulu… mintak maaflah terluah perasaan la plak…..hehehehe…

Seterusnya kami dibawa ke asrama anak-anak yatim. Ada sesetengahnya baru sahaja bersarapan dan ada juga baru lepas mandi..apa lagi kelam kabut la bila nampak kami…Dalam masa setengah jam, mereka berjaya dikumpulkan. Anak-anak yatim nie terdiri daripada pelbagai umur. Yang paling tua adalah berumur 17 tahun… hati aku tercuit pada seorang kanak-kanak perempuan yang aku kira dalam lingkungan umur empat tahun. Comel sangat bertudung… hanya mengikut sahaja kakak-kakak yang lebih dewasa… Pada aku mereka pandai membawa diri. Kalau kat cni kebanyakkan budak-budak sebaya mereka akan terlalu bergantung kepada ibubapanya…

Aktiviti yang dianjurkan oleh kami juga memberi 1001 makna dan pengalaman kepada aku. Antara aktiviti yang kami anjurkan ialah suai kenal. Dalam sesi ni aku x leh dengan seorang budak ni yang namanya aku dah lupa. Masa awal-awal dia dah nangis. Kami semua tertanya2. Rupanya kena buli ngan abang2…huhuhu..maklumlah baru berumur 7 tahun. Rupanya susah jugak nakpujuk budak terumatamanya macam mereka sebabnya hati mereka sangat sensitif. Lepas itu dak ni hanya duduk diam jer sorang-sorang tepi almari. Bila ditanya sepatah pun tak kan kuar dari mulut dier. Tali lama-kelamaan, dia mula bercakap selepas aku mengajaknya pegi jalan-jalan tengok kandang kambing bersama yang lain.

Pengalaman lain yang aku tak leh lupa ialah masa jalan-jalan pergi kandang kambing, ayam dan itik. Yang kelakarnya setiap kambing tu ada namanya sendiri. Misalnya Datuk K, Siti Nurhaliza. Apa yang aku dapat kat sini ialah satu perasaan yang sukar aku nak gambarkan atau luahkan sebab dapat tengok keriangan mereka walaupun hanya bermain dengan kambing. Mungkin aktiviti ni satu perkara biasa bagi mereka tetapi aku dapat lihat dengan kehadiran kami kegembiraan tu seakan bertambah. Geli hati aku tengok drang kejar kambing, kambing kejar drang….hehehehehe…

Masa aktiviti permainan yang lain jugak aku dapat tengok drang riang sangat. Itulah kepuasan yang sebenarnya. Masa pemberian cenderamata pun aku tengok drang gembira walaupun hadiah tak seberapa.

~ Balik ke UPM, Serdang~

Masa nak ni ada pengalaman duka yang menimpa kitaorang…huhuhu….tayar kereta abang aku pecah…2 tayar kat belakang pulak tu. Perkara ni terjadi masa dia nak pergi amik aku kat Sabak Bernam. Jadi nak tak nak kawan-kawan yang satu kereta ngan aku ni kenalah naik bas..risau juga sebab masa tu da petang… tapi nasib baik lah tiket ada…dapatlah krang balik upm..yeyeye……..

Tapi panas tak ke petang…tayar bas yang krang naik pulak tayarnya pancit. Maka tersadai lah kami ditepi jalan selama 40minit… huhuhu… Tak sungka akan jadi begini… barulah aku faham apa yang dikatakan oleh Dr. Normaliza lihat dunia luar….kalau tak pergi rumah anak yatim mungkin aku masih berada di zon selesa di UPM….

p/s walaupun bas pancit tapi aku dapat tengok sawah padi yang sangattt luas…memang seronok sangat tengok hamparan yang menghijau….


Memori Membuat Blog.

BLOG…..tak pernah terfikir pun aku suatu hari nanti aku akan membuat blog…aku ingat hanya orang tertentu sahaja yang dapat membuat blog…tapi hari ini aku telah menbuktikan aku berjaya buat blog….tapi nak mencipta password blog nie susah gak… berapa kali la gagal…

Benda yang wajib kena ada dalam blog ni ialah tokoh bahasa. Pernah juga
terjadi aku terlewat masuk kelas doctor untuk presentation ke rumah anak yatim. Oleh kerana dah terlau lewat, kami pun berlari dari Sanggar Bahasa ke Bilik. Masa tu aku da tak kita malu, memang tolak tepi.Kain baju kurung pun da terangkat-rangkat sebab nak berlari punya pasai……memang semput sangat waktu tu…. Masuk clas aku cam blur2 sebab orang dah mula present….malu gak….cam orang hilang arah jerk at depan tu… aku takut kena marah dengan doktor je….huhuhu….
Tokoh bahasa yang aku temubual ialah Dr Jama’yah. Beliau tidak
suka bercakap tentang latar belakang dirinya tetapi lebih suka aku menulis tentang isu-isu bahasa yang sedang melanda di negara. Sejam bersamanya memberikan kesedaran tentang beberapa isu yang selama ini tak terfikir pun oleh aku….

Memori Yang Tercipta Tiada Akhirnya

Itulah serba sedikit yang aku boleh aku kongsikan sepanjang aku mengambil kursus BBM 3410 ni. Walaupun pada mulanya aku melihat tugasan yang diberikan sangat berat untuk dilaksanakan namun aku tetap juga berjaya melakukannya dengan bantuan pensyarah kursus, tutor dan kerjasama yang baik dari rakan kumpulan dan rakan yang lain.

Selain itu aku juga dapat mengubah perspepsi aku tentang multimedia ni. Suatu bidang yang menarik jika ada semangat ingin belajar yang kuat dalam diri. Sekurang-kurangnya sekarang aku da reti buat calendar, blog, dan laman web. Semakin kita belajar, rupa-rupanya semakin banyak yang kita tak tahu. Jadikan kepad diri aku dan orang lain, teruslah belajar

Dalam kursus ni juga aku dapat mengenal nilai hidup dengan melihat dunia luar melalui pendekatan teknologi. Misalnya dalam proses melakukan sesuatu tugasan, perhubungan dan kerjasama antara ahli kumpulan mestilah dijaga. Walaupun hanya dua hari bersama mereka dalam perjalanan ke rumah anak yatim memberikan satu memori yang sangat indah. Walaupun de suka dan dukanya, tetapi aku tetap terhibur dengan gelagat korang…

Dalam erti hidup juga aku dapat melihat bagaimana aku sebagai belia negara dapat memberikan sumbangan kepada orang yang berkurang nasib baik walaupun dalam bentuk keawangan. Keriangan dan rasa terharu mereka memberikan aku satu kebahagian yang sukar dikecapi…

Terima kasih kepada tenaga pengajar Kursus BBM 3410 serta rakan-rakan seperjuangan.


No comments:

Post a Comment